-->

PELAJAR UTM MAUT JATUH DARI KOLEJ!



Kuala Lumpur 13 Julai-Seorang pelajar UTM maut apabila terjatuh dari tingkat empat,Blok C,Kolej Kediaman Siswa Jaya,Setapak.Peristiwa ini berlaku apabila mangsa Mohamad Khalis Zulkifle, 18,menggunakan tingkap untuk memasuki biliknya akibat kehilangan kunci.Arwah merupakan pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa yang baru mendaftar dua minggu lalu terjatuh kira-kira jam 12.45 pagi akibat pemegang tingkap yang dipegangnya tercabut apabila ingin memasuki biliknya semula sesudah berjumpa rakan di blok sama.Menurut rakan sebiliknyanya, Amirul Hashim Jamil, 18,arwah sudah menggunakan cara ini sejak seminggu lalu dan dia melihat sendiri tangan mangsa memegang bingkai cermin tingkap sebelum terlepas dan disusuli jeritan kuat.Mangsa sebenarnya telah mengetuk pintu biliknya tetapi rakan sebiliknya tidak mendengar kerana asyik menonton VCD menggunakan komputer bimbit.Ini menyebabkan mangsa terpaksa pergi ke bilik sebelah dan memanjat menggunakan tingkap untuk ke balkoni bilik sendiri.
Sejurus mendengar jeritan itu,rakan sebiliknya bergegas ke balkoni namun tidak dapat melihat kerana keadaan yang gelap.Dalam beberapa saat,mereka terdengar jeritan pelajar terdapat mayat di simen.Ketika kejadian ,arwah hanya memakai seluar pendek berwarna kuning dan mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.




FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua

Comments :

3 comments to “PELAJAR UTM MAUT JATUH DARI KOLEJ!”
lizz said...
on 

apesal asik org mati aje kat uni aku ni??? huhuhuhuhu

• roOZu • said...
on 

kesian dia...
AL-Fatihah..

din3187 said...
on 

al fatihah...doakan semoga dicucuri rahmat yer...

Post a Comment