-->

Malas ke Sekolah

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!











FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua

Comments :

2 comments to “Malas ke Sekolah”
MuhD NoR AzyM said...
on 

Haha..nasib baik pengetua aku dulu tak macamni..=p

fcuteam said...
on 

Ini pengetua yang manja...lawak2 jer...semua pengetua di dunia ini berwawasan...

Post a Comment