-->

BILA ANDA DILANDA UJIAN!!!

KETAHANAN:
Bina kemahiran mengharungi kesusahan
Kebolehan dalam menangani bencana dan halangan di dalam kehidupan harian bergantung kepada KETAHANAN yang anda bina dari masa ke semasa.
Penderitaan selalu dirasai dari kematian,kehilangan yang disayangi,bencana alam,penyakit,hilang pekerjaan dan banyak lagi.

Bila anda dilanda ujian adakah anda melenting atau putus asa?
Adakah anda tenggelam dalam bebanan itu,lemas sesak dan hilang punca?
Tidakkah anda terfikir kelemahan ini boleh membawa kepada problem mental?
Atau boleh mendorong anda kepada penggunaan ubat dadah seperti ubat tidur untuk lari dari kenyataan?
Jika anda rasa diri boleh terjerumus ke arah ini,anda perlu
BINA KETAHANAN!!!

KETAHANAN bererti menyesuaikan diri mengharungi kepayahan.KETAHANAN tidak boleh membuang ujian itu,tetapi meletak anda dalam realiti.Kemahuan untuk kuat bertahan membangunkan anda melalui dengan cara waras dan melihat dari sudut positif,menghayati dengan sabar dan ceria bersemangat tanpa rasa takut.Walau sehebat mana dugaan yang anda harungi,KETAHANAN mendorong anda terus berfungsi secara zahir dan batin.
Tidak bermakna anda boleh tersenyum dan anggap boleh tahan.Tentu sekali sebagai insan biasa tetap merasa kepedihan tetapi kemahuan untuk memiliki KETAHANAN membantu anda berusaha menangani suasana itu dan meneruskan kehidupan harian.
Juga tidak bermakna anda harus mengharungi bersendirian untuk membuktikan anda ada KETAHANAN.Bahkan mencari bantuan adalah tindakan tangkas dalam menangani suasana berat.
Panduan untuk memiliki KETAHANAN
*Saling berhubung dalam masyarakat.
Bina kekuatan kasih sayang antara keluarga dan rakan,saling memberi sokongan bila diperlukan.
*Cari pengertian hidup dan matlamatnya
untuk memupuk diri berilmu menangani emosi,berfikiran positif,bina jiwa bersyukur dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan apa saja pengalaman hidup.
*Belajar dari pengalaman hidup.
Setiap peristiwa yang lepas bertindak sebagai panduan untuk memilih jalan terbaik menangani yang sekarang.Jangan ulang cara yang didapati tidak boleh membantu dari kegagalan yang lepas.Bina strategi dan kemahiran yang boleh menangani dan hindari dari yang boleh memburukkan keadaan.
*Jaga diri anda.
Apa saja keperluan anda zahir dan batin perlu diberi perhatian.Pastikan cukup tidur,pemakanan yang betul,senaman,ada aktiviti hobi dan pergaulan yang perlu.
Ini membantu anda menerus kehidupan dan membina jiwa baru yang bebas dari kepedihan.
*Kekalkan harapan.
Jiwa yang mengharap sesuatu kebaikan,peningkatan dan pembaharuan mendorong kemahuan untuk bertahan.Yang lepas tidak boleh ditukar,tetapi anda masih berpeluang mencorak yang sekarang dan masa hadapan dengan harapan dan berfikiran positif.
*Bersedia dan menerima untuk perubahan.
Rela hati dan menurut arus perubahan takdir dengan berpandukan pengajaran yang diperolehi boleh membawa ke arah peningkatan diri yang baru.
*Mempunyai matlamat dalam semua tindakan.
Mempunyai kepercayaan mendapat restu dari Tuhan membuat anda tabah terus beramal dengan suci hati.KeredhaanNya mendorong terus melalui sekarang dan akan datang.
*Bertindak dengan tegas.
Tidak boleh mengharap perubahan dengan berdiam dan menyerah.Bina strategi mengikut keperluan anda secara bijaksana dan bertindak dengan tegas.
*Pandangan tentang peranan.
Kaitkan apa peranan anda untuk diri,keluarga,masyarakat,dunia dan alam ini.Anda mempunyai tugasan tersendiri yang diperlukan dari anda.Ketahanan yang anda bina untuk meneruskan kehidupan membantu sekeliling.
*Amalkan cara hidup sihat.
Belajar teknik mengatasi stress dan mendapat relaks.banyakkan berdoa memohon kekuatan dan ketenangan.Mulakan amalan senyum dan ketawa menghayati lakonan
jenaka untuk menceriakan anda.Lakukan meditasi dan visualization untuk
mengatasi fikiran negatif yang masih menarik mengingati peristiwa buruk.

KETAHANAN bererti anda MENANG menangani rintangan dan berjaya melangkah ke hadapan.Tuhan bersama mereka yang memohon dengan penuh harapan kekuatan dariNya.




FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua

Comments :

0 comments to “BILA ANDA DILANDA UJIAN!!!”

Post a Comment