Terima kasih kerana masih mengikuti TIPs Shopblogger , Seperti yang saya janjikan hari ini saya akan membongkarkan rahsia meletakkan IKLAN pada SHOUTBOX blog orang lain....
Selama ini anda menggunakan teknik ini untuk mengiklankan tentang update terbaru blog anda. Dan anda juga tahu Teknik ini sudah tidak berkesan lagi kerana terlalu ramai yang menggunakan teknik ini. Tetapi diantara semua ini, hanya 1% sahaja yang berjaya menarik pengunjung. So, bagaimana anda perlu meletakkan iklan dengan lebih berkesan?
- Bukan semua blog membenarkan anda meletakkan iklan. tetapi ada pula yang memiliki 2 shoutbox, iaitu Shoutbox Iklan dan ShoutBox Pertanyaan. So, jangan sesekali anda menggangu Shoutbox pertanyaan. Letak lah iklan anda di Shoutbox iklan seperti yang disediakan. Jika anda meletakkan iklan pada Shoutbox pertanyaan, Owner blog tersebut akan meanggap anda seorang yang tak guna.. malah mereka akan delete iklan anda. So, pastikan anda tidak dikenali sebagai Blogger tak guna. Buat orang geram je..
- Ayat iklan yang anda guna haruslah mengandungi perkataan yang power. Maksud perkataan power adalah seperti "RAHSIA" "TAWARAN HEBAT" "PERCUMA" "JUTAWAN" "DUIT ". Jika ada perkataan-perkataan ini, maka anda mempunyai peluang 80% untuk mendapat pengunjung.
- Jangan sesekali meletakkan iklan lebih daripada satu di dalam shoutbox yang sama. Kerana owner Shoutbox akan menganggap anda seorang yang penting diri dan sanggup merosakkan blog orang lain semata-mata untuk diri sendiri...Pastikan anda tidak melukakan hati owner.
- Jika anda mahu menarik owner mana-mana blog ke blog anda dengan menggunakan shoutbox pertanyaan, Anda boleh berlagak seperti anda ingin menanya sesuatu pada owner dengan menulis pertanyaan anda pada shoutbox pertanyaan. Rahsianya disini ialah apabila anda bertanya, owner tersebut pasti ingin tahu siapa anda. So, mereka pasti akan klik nama anda untuk masuk ke blog anda. Secara tak langsung, kemungkinan mereka akan berminat dengan apa yang anda jual.
- Jangan menulis iklan seperti anda seorang spammer, Tulislah iklan seolah olah anda mengajak mereka.. contoh ayat spam " Kasut berkilat-RM20"....Tiada siapa yang tertarik nak tekan...betul tak?....So cuba tulis begini "Macam tak percaya je Kasut berkilat berharga RM20...Ade sesiapa yang mahu?"
So Setakat ini sahaja RAHSIA SHOUTBOX yang saya fikirkan, jika anda mempunyai rahsianya yang lebih details, kongsikan lah ye...hihi
Terima kasih kerana membaca, saya akan menulis lagi tips-tips untuk anda setiap hari...jika anda nakkan tips ini hari-hari...please ambil banner di bawah..kerana setiap kali saya menulis tips baru, anda akan diberitahu melalui banner ini...so, just lihat banner ini di blog anda..thanks yaa!! copy codenye dan paste di blog anda..
Comments :
Post a Comment