Seorang lelaki telah membuat pembedahan plastik untuk menegangkan kulit muka sebagai hadiah harijadi pada dirinya sendiri. Dia telah membelanjakan RM 5000 dan merasa sungguh puas hati dengan wajah barunya. Dalam perjalanan pulang dia berhenti membeli surat khabar di kedai buku.
'Sebenarnya 40" jawab lelaki itu dengan penuh kegembiraan.
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
GARA-GARA SYOK SENDIRI.....
Dean, Thursday, May 14, 2009Sebelum beredar dia sempat melemparkan senyuman sambil bertanya jurujual itu, "Boleh tak tumpang tanya, agak-agak berapakah umur saya?". "Lebih kurang 30" jurujual itu menjawab.
Selepas itu dia pergi ke McDonald untuk makan tengahari dan sebelum beredar dia sempat bertanya soalan yang sama kepada juruwang. Jawapannya ialah "Oh..awak kelihatan lebih kurang 25". Terangkat betul dia hingga tak nampak orang sekeliling. Dengan bangga dia memberitahu "Sebenarnya 40".
Ketika di stesyen bas, dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan seorang budak lelaki. Tergerak hatinya untuk mendapat pendapat kanak-kanak itu pula.
"Kalau saya betul, boleh bagi saya seratus ringgit?". Budak itu buat perkiraan.
"Baik" lelaki itu bersetuju dengan penuh keyakinan budak ini akan tersilap seperti orang-orang sebelumnya.
"40 tahun" jawab budak itu penuh yakin.
Sambil mengeluarkan wang sebanyak seratus ringgit, dia bertanya bagaimana budak itu boleh meneka dengan tepat sekali.
"Saya ada di belakang awak semasa bayar bil makanan di McDonald tadi" beritahu budak itu sambil mengambil habuannya dari lelaki yang tengah bengang itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku pernah dgr jke ni..tapi versi lain....hwa hwa hwa hwa