LONDON - Juara bertahan wanita, Venus Williams dari Amerika Syarikat menghampiri kejuaraan Wimbledon keenamnya apabila mudah layak ke separuh akhir.
Namun, menantinya selepas ini adalah pemain pilihan pertama dan No. 1 dunia dari Rusia, Dinara Safina.
Di suku akhir, semalam Venus langsung tidak menghadapi masalah untuk menang 6-1, 6-2 ke atas pemain Poland, Agnieszka Radwanska.
Ia jauh berbeza dengan Safina yang terpaksa bertungkus lumus sebelum berjaya menewaskan pemain Jerman, Sabine Lisicki 6-7 (5/7), 6-4, 6-1.
Bagi Venus, 29, ini adalah penampilan kelapannya di peringkat separuh akhir di Wimbledon ini dalam tempoh 10 tahun.
Sementara bagi Safina pula, ini kali pertama dia beraksi sejauh ini di Wimbledon dalam usaha untuk memburu gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya.
Jika menang ke atas Safina, Venus ada harapan untuk menjadi pemain wanita pertama muncul juara tiga tahun berturut-turut selepas Steffi Graf melakukannya pada 1991-1993.
Mengisi satu lagi slot separuh akhir ialah pemain pilihan keempat dari Rusia, Elena Dementieva yang menewaskan pemain Itali, Francesca Schiavone 6-2, 6-2.
Ini merupakan kali kedua Dementieva ke separuh akhir Wimbledon dan seperti rakan senegaranya, Safina, dia masih memburu gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya.
Lawan Dementieva di separuh akhir nanti adalah juara dua kali, Serena Williams dari AS yang menewaskan Victoria Azarenka dari Belarus, 6-2, 6-3. - Agensi
FCUBOOK
Gudang ilmu untuk semua
VENUS WILLIAM LAYAK KE SEPARUH AKHIR!
Dean, Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment